Friday 20 June 2014

Mengatasi masalah bau badan

Erkk... sape suke hidu bau badan kan... memang tak tahan kalau bau badan tu sampai satu bilik berbau.. betul tak!! Itu memang tahap kena rawat dah tu...

Shaklee ada memperkenalkan produk yang boleh membantu masalah bau badan.

3 jenis vitamin yang dicadangkan untuk mengawal bau badan adalah...


1.  Alfalfa Complex shaklee

Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

2. Garlic Shaklee

Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

3.  Herb-Lax Shaklee

Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.


Selain itu anda juga boleh mengatasi masalah bau badan ini dengan cara lain juga seperti :

1. Kerap mandi dan JAGA KEBERSIHAN DIRI
- Cara terbaik ialah mandi 3 kali sehari, agar bakteria tidak boleh membiak dan pastikan pengambilan sabun anti bakteria. Amalkan pemakaian DEODARANT or basuh dengan AIR LIMAU (kalau mandi biar bersih2.. cuci ditempat yang berdaki)

2. Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
- bahan sebegini memastikan adanya peredaran angin, dan mengurang rasa panas dan secara tidak langsung mengurangkan peluh. (elakkan memakai pakaian yang berlapis atau berwarna gelap)

3. Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang).

4. Berhenti merokok.
Dengan langkah2 diatas, insyallah dapat membantu mengurangkan masalah bau badan anda.

Nak tahu punca-punca kenapa badan anda berbau??!!

Antara punca- punca bau badan adalah :

1. Bahan buangan toxin terkumpul dalam badan akibat dari proses pencernaan tidak sempurna.: Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

2. Sembelit : sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

3.  KOPI dan MINUMAN BERKAFEIN: Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

4. Masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid: Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama.

Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.

Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah:
~ penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh.

Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat Untuk dapatkan PRODUK SHAKLEE???

HUBUNGI LINI SEKARANG ( 016-436 5418 ) UNTUK LEBIH INFORMASI 😄 . HANYA YANG TERBAIK UNTUK ANDA 👍

MINTA ADD LINI JUGA YE KAT FACEBOOK Lini Firdaus atau LIKE Page lini ye... mmuuaaahh!!! sayang korang ketat2...

Hubungi Lini untuk keperluan nutrisi anda sekeluarga 😄😄😄

BREASTFEEDING | HAMIL |MENGANDUNG | MASALAH BERAT BADAN | KULIT KUSAM | JERAWAT | RESDUNG | ECZEMA | LETIH LESU | KESUBURAN | KECANTIKAN




Tuesday 17 June 2014

PERBEZAAN OMEGA GUARD SHAKLEE BERBANDING JENAMA LAIN

PERBEZAAN OMEGA GUARD SHAKLEE BERBANDING JENAMA LAIN

Omega guard shaklee diekstrak dr ikan laut air sejuk (sardin, mackarel, herring, anchovies) di perairan negara jepun. Omega guard adalah 3x lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

Kalau nak dibandingkan dgn produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan plg tulen di dunia. Ia mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian omega guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

Kaedah penyulingan tekanan tinggi yang dilakukan oleh kebanyakan pengusaha kilang bukan shj memusnahkan sesetengah nutrien malah ia tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesihatan.

Kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini digunakan oleh Shaklee dlm menghasilkan omega guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul utk mengekstrak asid lemak omega 3 plg tulen dan plg semulajadi sementara menyingkirkan bahan merbahaya spt plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (bahan kimia industri yg sgt toksik).

MANFAAT OMEGA GUARD

1. Asid Lemak
        omega 3 merupakan asid lemak perlu yg penting yg dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu perlu diambil dari makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan utk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul dari punca andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan

2. Mencegah penyakit saluran darah dan strok
        DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yg lancar. Oleh sebab itu, ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardical infarction, membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

3. Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori
        DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-sid lemak omega -3 EPA dan HDA.

4. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru
        Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.

5. Menentang Cancer
        kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, meransang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif

6. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)
        Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.

7. Mencegah Imsonia dan membantu mengurangkan tekanan
        Kajian membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, imsonia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA ?

1. Individu yang berpenyakit asma dan lelah kerana Omega berperanan mengelakkan kesejukkan.
2. Individu yang ingin menurunkan berat badan kerana Omega menggalakkan pembakaran lemak jahat dan mengelakkan pembentukan lemak.
3. Individu yang mempunyai penyakit gout kerana Omega mengelakkan inflamasi pada sendi-sendi dan mencegah kebengkakkan.
4. Individu yang mempunyai penyakit kulit seperti alahan seafood, resdung,ekzema dan gegata.
5. Penghidap penyakit jantung dan darah tinggi
6. Penghidap kanser.
7. Ibu mengandung dan ibu menyusu. (disalurkan ke bayi melalui susu ibu)
8. Kanak-kanak dan pelajar kerana Omega membantu menajamkan minda, menambahkan daya tumpuan dan kecekapan, meningkatkan sistem imunisasi,
8. Individu yang mengalami sakit dan keradangan sendi seperti artritis serta mengalami kebas-kebas tangan, kesejukkan kaki dan tangan terutama wanita lewat 50an.

Kesimpulan : Omega Guard Shaklee sesuai diambil oleh semua golongan sedari bayi hingga golongan warga emas.

Pilihan yg tepat anda hari ini adlh utk jaminan masa depan anda. Keputusan yang bijak di tangan anda...

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Kaunter shaklee 24 jam, sentiasa bersedia melayan order anda semua :)

Berminat untuk dapatkan suplemen shaklee, anda boleh terus pm Lini atau sms/wasap 016-4365418

Penyakit Kayap & Petua Mengubatinya

Penyakit Kayap dan Petua Mengubatinya

Kayap  adalah kelompok virus yang sama mcm chicken pox iaitu Herpes dan virus boleh bersembunyi di bawah kulit dan menunggu masa untuk muncul sebagai kayap.

3 Jenis Penyakit Kayap
i. kayap melukut
ii. kayap jagung
iii. kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.

Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Lepas tu baru la menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhnya ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sembuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.

Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.

Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.

Jenis-jenis kayap. Selain kayap ular,
Kayap api2
Kayap tompok
Kayap selendar
Kayap harimau
Kayap bersambung (umur pendek)

Simtom-simptom bila terkena penyakit ini? Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan.

Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Contoh kayap ular menyerang dibelakang badan

Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Bagaimana mengubatinya??

Petua 1.
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2.
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.

Petua 4. (Untuk kayap setompok).
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5.
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6.
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.

Petua 8.
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.

Petua ke 9.
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.

Pantang larang ketika sakit ini.
- Jangan makan makanan berminyak.
- Buah tempatan tak boleh makan.
- Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
- Tak boleh kena sabun.
- Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
- Tak boleh makan makan yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)

Sumber : blog my halaman

Usah Berlengah Kesan Kawasaki

Usah Berlengah Kesan Kawasaki
Oleh ZAITIE SATIBI

Jika anak kecil mengalami demam berpanjangan diikuti gejala sampingan seperti tumbuh ruam, tangan dan kaki bengkak serta berwarna kemerahan, sakit pada mulut dan lidah manakala kelenjar di leher dan ketiak turut membengkak, mungkin anak itu menghidap penyakit Kawasaki.

Penyakit ini menyebabkan radang pada salur darah di seluruh badan dan bahayanya jika lambat mendapatkan rawatan boleh mengakibatkan komplikasi pada jantung apabila organ penting ini menjadi lemah atau saluran darah ke jantung bengkak kerana kerosakan arteri koronari.

Awalnya, ia dikenali sebagai sindrom kelenjar dan kulit dikenali sebagai mucocutaneous lymph node syndrome sebelum dinamakan penyakit Kawasaki sempena nama pakar kanak-kanak di Jepun, Tomikasu Kawasaki yang mengesan dan menghurai gejala penyakit ini pada 1960.

Pakar Kanak-kanak dan Pakar Jantung Kanak-kanak, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Dr Kamaruddin Ahmad berkata, sehingga kini punca penyakit Kawasaki dan bagaimana ia berjangkit pada kanak-kanak belum diketahui.

foto
LIDAH menjadi merah dan berasa sakit.

Namun, katanya, kebanyakan pakar bersetuju kemungkinan besar ia berpunca daripada jangkitan virus atau kuman dan tidak diwarisi daripada keluarga secara genetik.

“Penyakit ini menyerang kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Malah, kebanyakan pesakit kanak-kanak yang saya rawat kerana penyakit ini berusia setahun dan paling muda adalah bayi berusia enam bulan.

“Namun, bayi ini meninggal dunia kerana lambat dibawa ke hospital selepas seminggu dijangkiti penyakit Kawasaki, mengakibatkan jantungnya membengkak,” katanya.

Dr Kamaruddin berkata, kanak-kanak yang menghidap penyakit Kawasaki akan demam sehingga panas badannya mencecah suhu 40 darjah Selsius.

“Demam ini juga menyebabkan kanak-kanak menjadi gelisah dan tidak tentu arah berikutan suhu badannya turun naik.

“Selepas dua atau tiga hari mendapat demam, akan tumbuh ruam pada badannya disusuli tapak tangan dan kaki membengkak serta berwarna kemerahan.

“Mulut dan lidah pula akan sakit serta bibirnya bertukar merah terang seolah-olah disapu gincu. Seterusnya, kelenjar pada leher dan ketiak membengkak

“Ini semua tanda klasik bagi penghidap penyakit Kawasaki. Kadangkala gejalanya tidak ketara, malah ada juga penghidapnya terkena cirit-birit.

“Demam boleh berlarutan antara seminggu hingga dua minggu dan dalam keadaan ini anak kecil itu jika diberi ubat antibiotik pun tidak berkesan,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak yang mengalami demam dengan gejala penyakit Kawasaki hendaklah segera dibawa ke hospital atau menemui pakar kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan kerana ia boleh mengundang maut jika tidak dirawat dengan kaedah betul.

“Segelintir ibu bapa gagal mengesan gejala penyakit Kawasaki kerana kurang pengetahuan. Mereka membawa anak yang menghidap penyakit ini ke klinik biasa dan diberi antibiotik. Penyakit hanya dikesan selepas demam tidak pulih dan kanak-kanak itu dibawa ke hospital.

“Doktor yang merawat kanak-kanak dengan penyakit Kawasaki lazimnya akan memeriksa terlebih dulu gejala yang timbul dan melakukan ujian darah.

“Jika hasil ujian didapati sel darah putihnya bertambah dan bilangan sel platlet dalam darah juga meningkat begitu tinggi dengan kadar dua kali ganda daripada biasa, kanak-kanak disahkan menghidap penyakit ini,” katanya.

Rawatan utama untuk penyakit Kawasaki adalah menggunakan immunoglobulin yang diberi secara intravena iaitu melalui titisan ke dalam nadi.

Dengan immunoglobulin, ia dapat mengurangkan radang pada jantung dan menghalang kerosakan arteri koronari jika ia diberi dalam tempoh 10 hari pertama menghidap penyakit ini.

Selain itu, penggunaan aspirin dapat mengurangkan kadar keradangan pada jantung dan diberi bersama immunoglobulin pada peringkat paling genting penyakit sehingga demam reda.

Kebanyakan kanak-kanak akan sembuh dan kembali seperti sediakala selepas dua hingga tiga minggu mendapat rawatan di hospital.

Namun, kira-kira 30 hingga 50 peratus pesakit kanak-kanak akan mula mendapat komplikasi akibat penyakit ini seperti aneurisma arteri koronari iaitu pembesaran arteri, jangkitan pada otot jantung atau myokarditis, injap jantung rosak dan kegagalan jantung berfungsi.

Dr Kamaruddin mengingatkan ibu bapa tidak berlengah untuk berjumpa pakar perubatan apabila melihat tanda-tanda penyakit Kawasaki pada anak. Malah, sebenarnya jika penyakit ini cepat dikesan, pesakit boleh pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/15
Sumber : Harian Metro

Monday 16 June 2014

Panduan Ibu Bapa Jika Anak Demam

Kepada ibu bapa di luar sana.

Jika ada anak yang di bawah 9 tahun, ada baiknya simpan termometer di rumah.

Jika anak sakit demam,
-monitor suhu anak sendiri.
-sediakan ubat demam jenis cecair dan suppository (ubat demam yg bg kt punggung) sentiasa.
-Jika anak demam 37.5, start bagi ubat ikut dos doktor suruh setiap 6 jam sampai demam dia baik.

Anak yg demam selalunya suhu paling tinggi waktu malam.
Jadi tuan puan jangan bersuka ria tidur tanpa monitor suhu anak sampai pagi.

Jika suhu anak lebih 38.5 bagi sahaja supp kepada dia walaupun tidak cukup waktu lagi nak bagi ubat.

Supp memang boleh diberi antara masa makan ubat jika suhu anak tinggi sangat.

Jika sudah beri supp,
-sila lap badan, dahi, ketiak anak atau boleh letak cool fever.
-Jangan pakaikan dia sweater atau baju lengan panjang masa dia demam.
Tidak membantu dia baik demam. Dia akan mengadu sejuk sebab fisiologi badan bertukar masa dia demam tapi itu tak bermakna suhu badan dia dah turun.
-Check dan monitor suhu!
Target penjagaan anak masa ini adalah supaya suhu anak tidak lebih daripada 38 kalau boleh.

Selagi suhu tidak turun sampai bawah 38, sila jangan tidur dan lakukan sesuatu sampai suhu badan anak turun.
Walaupun sudah turun, setiap 30 minit atau 1 jam sekali mesti bangun dan periksa suhu badan anak.

Apa pentingnya mesti kena jaga sampai macam ini sekali?
-Sebab suhu yang terlampau tinggi boleh menyebabkan anak untuk dapat sawan.

Masalahnya, bila sus=dah kena sawan anak tersebut berkemungkinan akan dapat epilepsi dan boleh jadi cacat seumur hidup.
Jadi, jangan ambil mudah kalau anak demam.

Pengorbanan anda berjaga semalaman untuk menjaga anak demam adalah sangat berbaloi.

Spread the words to all mothers.Let them know.

- credit to Dr. Nurul Yusof -

Wednesday 11 June 2014

Aduhai Anakku Sayang

# ''ANAKMU MENGENALKAN SIAPA DIRIMU...!! #

1. Jika anakmu BERBOHONG, itu
karena engkau MENGHUKUMNYA
terlalu BERAT.

2. Jika anakmu TIDAK PERCAYA
DIRI, itu karena engkau TIDAK
MEMBERI dia SEMANGAT

3. Jika anakmu KURANG
BERBICARA, itu karena engkau TIDAK
MENGAJAKNYA BERBICARA

4. Jika anakmu MENCURI, itu karena
engkau TIDAK MENGAJARINYA
MEMBERI.

5. Jika anakmu PENGECUT, itu karena
engkau selalu MEMBELANYA.

6. Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI
ORANG LAIN, itu karena engkau
BERBICARA TERLALU KERAS
KEPADANYA.

7. Jika anakmu MARAH, itu karena
engkau KURANG MEMUJINYA.

8. Jika anakmu SUKA BERBICARA
PEDAS, itu karena engkau TIDAK
BERBAGI DENGANNYA.

9. Jika anakmu MENGASARI ORANG
LAIN, itu karena engkau SUKA
MELAKUKAN KEKERASAN
TERHADAPNYA.

10. Jika anakmu LEMAH, itu karena
engkau SUKA MENGANCAMNYA.

11. Jika anakmu CEMBURU, itu karena
engkau MENELANTARKANNYA.

12. Jika anakmu MENGANGGUMU, itu
karena engkau KURANG MENCIUM&
MEMELUKNYA

13. Jika anakmu TIDAK
MEMATUHIMU, itu karena engkau
MENUNTUT TERLALU BANYAK
padanya.

14. Jika anakmu TERTUTUP, itu karena
engkau TERLALU SIBUK.

Renungan yg bermanfaat untuk semua...

Berminat untuk dapatkan suplemen shaklee boleh hubungi saya ye...

Lini Firdaus
016-436 5418

Thursday 5 June 2014

Keahlian shaklee

Assalamualaikum & salam sejahtera....
saya Lini Firdaus , pengedar #shaklee yang sah & memegang ID 964453.

Jika anda sedang tercari2 suplemen untuk diri sendiri atau utk insan tersayang.. anda membuat pilihan yang tepat dengan memilih suplemen shaklee yang sememangnya TERBAIK di antara yang TERbaik.

Nak tau kenapa????
Sebab.... shaklee juga mengamalkan konsep 3S & mengandungi pilihan produk sehingga 4H tau.. nak tau apa itu 3S & apa yg terkandung dlm 4H tu???? Jom kita sama2 tengok:

3S
1. Sentiasa Selamat
2. Sentiasa Berkesan
3. Sentiasa Mesra Alam

4H
1. Healthy Nutrition
2. Healthy Weight
3. Healthy Beauty
4. Healthy Home

Ok , jika anda ingin membuat pesanan boleh direct pm/wasap lini 016-436 5418...

ATAU

Jika anda berminat untuk menjana income lumayan...shaklee adalah pilihan yang TEPAT buat anda..

Nak tau kenapa???
Sebab anda layak untuk menikmati...

#UntungRuncit sehingga 33%
#BonusPeribadi sehingga 21%
#BonusKepimpinan sehingga 6 level
#InfinitiBonus sehingga 1.5%

Jadi... tunggu apa lagi.. mulakan langkah bijak anda hari ini dengan mendaftar keahlian melalui 2 cara...

I. MODAL SERENDAH RM65, atau
II. FREE MEMBERSHIP dgn PEMBELIAN 200 UV

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus pm/wasap ke 016-436 5418

Banyak lg kelebihan yg anda akan dapat... nak tau lebih lanjut, pm lini dengan segera dan pastinya anda adalah seorang yang BERTUAH kerana memilih shaklee....